![]() ![]() |
|||||||||||
| :: Home |
| :: About Us |
| :: Diplomas |
| :: Certificates |
| :: Short Courses |
| :: Enrollment |
| :: Intakes |
| :: News & Events |
| :: Organization |
| :: Contact Us |
Graduan
perlu ada 3K – Azalina
KUALA LUMPUR 8 Jan. – Setiap graduan perlu memiliki sifat kepimpinan,
kemahiran dan keusahawanan (3K) sekiranya mahu mengorak langkah yang lebih
jauh dalam kerjaya yang bakal mereka ceburi selepas tamat pengajian kelak.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata,ketiga-tiga ciri tersebut perlu ada di dalam diri setiap graduan bagi membolehkan mereka bersaing untuk mendapatkan tempat di dalam lapangan kerjaya.
‘‘Hari ini kalau kita tidak ada kemahiran, kita tidak boleh berjaya, malah di luar sana sebanyak 32,000 siswazah kita yang keluar universiti tidak bekerja.
‘‘Kenapa mereka tidak bekerja, ini kerana mereka terlalu memilih kerja,” katanya.
Beliau berucap demikian sewaktu menghadiri Majlis Konvokesyen Food Institute of Malaysia (FIM) Ke-9, di Berjaya Times Square, di sini hari ini.
Seramai 436 orang graduan menerima sijil dan diploma mereka pada majlis konvokesyen tersebut.
Menurut Azalina, graduan pada hari ini tidak boleh terlalu bergantung kepada pasaran kerja malah sebaliknya mereka perlu berani menceburi bidang keusahawanan dengan mengaplikasikan kemahiran yang dimiliki.
Jelasnya lagi, bidang keusahawanan perlu diceburi seawal usia yang masih muda bagi membina tapak yang kukuh dalam bidang tersebut pada jangka masa 10 tahun akan datang.
‘‘Kejayaan kita pada hari ini adalah bergantung di atas kaki kita sendiri dan setiap kejayaan yang dibina dalam bidang keusahawanan ini mestilah dibuat pada waktu muda,” tegasnya.
Sementara itu, graduan Diploma Seni Kulinari, Azizul Hafiz Musadeq, 22, menerima Anugerah Khas FIM di atas kejayaannya memenangi tempat kedua pada pertandingan Nestle Golden Hat Awards pada Januari tahun lalu.
Azizul ketika ditemui pemberita berkata, kejayaannya itu secara tidak langsung menaikkan nama FIM sebagai sebuah institusi pendidikan yang mampu melahirkan graduan berkualiti dalam bidang kulinari, pastri dan bakeri.
‘‘Pertandingan itu turut disertai oleh para penuntut universiti dan kolej yang mengambil kursus tersebut yang mana saya berjaya membuktikan FIM mampu memberikan saingan kepada mereka,” katanya.
Ketika ditanya mengenai perancangan masa depan, jelas Azizul, dia berhasrat untuk menyambung pengajiannya dalam bidang kulinari di luar negara di samping menimba pengalaman kerja sebelum mencurahkan khidmat baktinya di tanah air sendiri.
Petikan Dari Utusan Malaysia 9 Januari 2008.
:: Related Link : Majlis Konvokesyen Food Institute Of Malaysia Ke-9
::
Related
Link : Competitions
| © Copyright 2007 www.fim.edu.my. All Rights Reserved. |