Berjaya Times Square – Kecemerlangan membanggakan
tampak pada graduan-graduan di Majlis Konvokesyen Institut
Masakan Malaysia apabila berjaya meraih kejayaan dalam bidang
masakan yang jarang dipelopori oleh masyarakat di
Malaysia.
Majlis ini telah diadakan dengan meriahnya di
Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square dan kemeriahan
ditambah dengan kehadiran dan perasmian oleh YAB Dato’ Seri
Azalina Othman Said selaku Menteri Belia dan Sukan yang amat
peka pada persekitaran melibatkan belia-belia Malaysia
khususnya.
FIM ditubuhkan bertujuan bagi melatih pelajar-pelajar
menjadi lebih profesional dalam industri makanan terutamanya
dalam seni masakan dimana amat dititik beratkan apabila
mencari pekerjaan dalam industri-industri makanan dan masakan
di Malaysia.
Sejak penubuhan FIM, institut ini telah mengeluarkan lebih
dari 3,500 orang graduan yang pakar dalam pengurusan
penyediaan makanan dan kajian masakan. Keistimewaan FIM adalah
pada program-program yang ditawarkan seperti kursus-kursus
pendek iaitu didalam penyediaan makanan, pengurusan restoran,
tatatertib masakan dan pastri dimana ia adalah sesi
pembelajaran yang singkat untuk difahami.
“Justeru, demi mencapai matlamat tersebut pembelajaran
sepanjang hayat harus dijadikan sebagai suatu gaya hidup
supaya golongan belia seperti anda tidak ketinggalan untuk
sentiasa mempunyai kemahiran terbaru dan itulah teras
kewujudan 3K iaitu kemahiran, kepimpinan dan keusahawan yang
ditekankan oleh kerajaan kita”,ujar Dato’ Seri Azalina pada
perasmian konvokesyen ini.